Siapa Hana Tajima?


Sejak menceburi bidang jualan tudung & selendang, telah banyak LTS belajar bukan sahaja selok belok perniagaan malah fesyen-fesyen terkini tudung yang menjadi ikutan masyarakat. Ternyata dalam zaman yang moden ini perkembangan fesyen begitu berkembang malah dalam kategori tudung juga tidak terkecuali. Masyarakat terutamanya di Malaysia kini sedar untuk menghadapi persaingan tugas & kehidupan seharian perlu mengikuti perkembangan fesyen agar tidak dikatakan ketinggalan.

Di Malaysia kita selalu didedahkan dengan ikon-ikon seperti artis untuk memperkenalkan sesuatu trend. Penyanyi Ana Rafali contohnya dikaitkan dengan baju kurung. Jika tudung pula, pastinya anda akan terkenang penyanyi Yuna. Malangnya tak ramai yang mengenali designer-designer fashion yang memeriahkan industri fesyen Malaysia. Apa ntah lagi fesyen-fesyen muslimah yang mana mengikut syariah-syariah yang ditentukan agama Islam. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang menarik.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan fesyen tudung tahun ini pasti pernah mendengar nama HANA TAJIMA SIMPSON. Siapa Hana Tajima? Beliau adalah fesyen designer bagi Maysaa.com di London. Beliau adalah anak kacukan Jepun-British yang agak popular ketika ini. Beliau popular kerana bertudung dan mencipta fesyen yang juga sesuai untuk muslimah. Mungkin ada yang bertanya adakah Hana Tajima ini islam? Ya, beliau sudah muallaf sejak usia beliau 17 tahun.




Hana Tajima yang berusia 23 tahun telah banyak membuat video-video cara-cara memakai tudung & pasmina yang diletakkan di Youtube. Sejak dari itu nama beliau meningkat diperingkat antarabangsa malah fesyen tudung Hana Tajima telah menjadi ikutan muslimah-muslimah. Baru-baru ini, artis kita Yuna juga telah bekerjasama dengan Hana Tajima dalam satu projek Maysaa London. Secara tidak langsung projek itu telah menaikkan lagi nama beliau di Malaysia pula.

Kenapa LTS bercerita tentang Hana Tajima? Kerana pada LTS, beliau telah mencipta fenomena tersendiri dalam fesyen muslimah terutama tudung, selendang & pasmina. Beliau kini mempunyai peminat sendiri yang terikut-ikut trend hasil ciptaan beliau. Secara tidak langsung ia juga memberikan satu impak dalam industri tudung dan selendang di Malaysia. Bukannya kami ingin membanggakan beliau namun apa yang diusahakan oleh Hana Tajima sepatutnya dicontohi oleh pereka fesyen di Malaysia



Sekurang-kurangnya Hana Tajima telah melakukan sesuatu yang mana beliau rasa patut dilakukan atas dasar agama yang dibeliau pegang. Semoga apa yang beliau lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hana Tajima boleh klik DISINI.

*p/s - boleh dapatkan Tudung, Selendang, Anak Tudung dan pasmina di kiosk LOVE THAT SHAWL!

Tudung Jeans

 Tudung Jeans
* Sekiranya anda menginginkan gaya sopan dan mengikut trend terkini, tudung jeans adalah untuk anda. Amat selesa dipakai serta dapat menyerlahkan gaya menarik tetapi sederhana
* Material cotton jeans yang lembut dan selesa
*Size: M (Standard) 
RM30 sahaja (tidak termasuk pos)

 Code: TJ01
SOLD

  
Code: TJ02
 SOLD
 
Code: TJ03
 SOLD

Code: TJ04
SOLD

Code: TJ05
SOLD

Code: TJ06
 SOLD

Code: TJ07
SOLD

Code: TJ08
SOLD

Code: TJ09
SOLD 

Code: TJ10
SOLD 


Code: TJ11
SOLD 

Code: TJ12
SOLD

Code: TJ13
SOLD

Code: TJ14
SOLD

Shawl Crumple Flower

Shawl Crumple Flower
* Bagi yang gemarkan gaya trendy dan unik, shawl ini untuk anda
* Material: cotton
RM12 sahaja (tidak termasuk pos)
  
Blue
Code: SCF01
SOLD

Black-Grey
Code: SCF02
SOLD

Purple
Code: SCF03

SOLD

Brown
Code: SCF04
SOLD


Red
Code: SCF05
SOLD